Lama tak bersiaran.nak bercerita pasal haji pun asik bertangguh aje.tuan tanah tak sehat le.sebelum pegi haji mmg dah demam,tp Alhamdulillah masa haji kesihatan ditahap yang sangat baik.balik pada haji hmm...sambung semula demam..beminggu jugaklah nak baik.dugaan..dugaan..mau cuci dosa kecil..redha..
mari la kite mulakan cerita haji untuk kali ini.share2 pengalaman..
24nov09 ~ 7zhjjah1430 *Selasa* - Bas yang patut membawa kiteorg ke Mekah sepatut tiba jam 10pagi.tp biasela..igt melayu je ade janji melayu?hihi..jadi sementara menunggu bas tu berborak2 la bersama jemaah haji yang lain.ade juga sesi bergambar,tp ni gambar rombongan lelaki la yg ade.huhu..
seramai 76(kalu tak silap la ye..)jemaah haji Malaysia Yanbu yg same2 pegi pada tahun ni.bas sampai dlm pukul 11pagi,punggah2 barang naik atas bas dan bertolak la kami.ade 3bas yang membawa kami semua ke Mekah.dan sebab aku naik bas yg No1..kene lak ke Rabigh ( 200km dr Yanbu) menjemput 9org jemaah dari 2buah keluarga akan bersama2 kami.
Jam 3ptg bas kami tiba di miqat Juhfah.bersiap2 untuk berniat ihram dan haji,sebelum tu menjamah makanan yg disediakan oleh ejen.roti,air mineral,epal sebiji..ntah ape lagi..buat alas perut je la..selepas semua berniat haji..(mostly jemaah dari saudi membuat haji ifrad),pukul 4ptg bas bergerak menuju ke Mekah.
Sampai di Mekah,bas berhenti aku agak2 dlm 2km dr Masjidil Haram.time tu dh pukul 7.15ptg.selepas solat isya' dan maghrib (qasar dan jamak takhyir)aku dan ab melakukan tawaf Qudum (tawaf selamat datang).Alhamdulillah time lepas isya' ni orang ramai tapi still bole tawaf di dataran kaabah lg.kurang lebih 45minit juga kami bertawaf.lepas solat sunat di belakang maqam Nabi Ibrahim,menuju ke bukit safa untuk menunaikan saie haji (option.. boleh melakukan saie haji selepas tawaf Qudum atau sewaktu menunaikan tawaf Ifhadah nanti)
dah selesai saie.rehat jap kat Bukit Marwah..mane bukitnya?aku wat saie kt tingkat dua..kt bawah crowded sgt..tu yg tak nmpak mcm bukit..rata je..hihi
dah hilang lelah,igtkan nak menjamu selera kat D'saji,tp sayang ape pun xde..last2 pegi beli ayam goreng kt Royal Al-baik..bedal sampai kenyang.sedap tak sedap belakang kire.dlm 11.30mlm berjalan semula ke tpt bas.bile dah siap sedia lebih kurang 1pagi kami bertolak pulak menuju ke khemah kami di Minna.
Alhamdulillah walo jalan jem,tp xdela teruk sgt.rase dlm 3pagi kot sampai khemah Minna.carik khemah,pilih tpt tido (mcm sofa bed rupenye..),pasang cadar,bla..bla..bla..mandi,solat subuh dan zzz...abis lah cerita ari ni.

25nov09 ~ 8zhjjah1430 *Rabu* - hari dikenali sebagai Hari Tarwiyah (hari bersiap sedia).byk kan berehat dan berzikir semasa di Minna untuk wukuf di Arafah esoknya.tgh2 tido tu ade gak dengar bunyi guruh,tp mcm tak percaya je.so sambung tido lagi.zzz...pastu tibe2 hujan pun turun lebat sgt.dh mcm kt msia pulak rase time ni.tup2 air lak masuk dari celah2 bumbung khemah.pindahkan barang ke tpt yg kering.sejuk tak bule nk cakap la.tak ingat pulak bile hujan ni stop,lame jugak sampai makan tengah hari kiteorg pun lewat.pukul 4ptg br nmpak bayang nasi.makan..makan..Alhamdulillah..
petang lepas asar,ab ajak jalan2 kt sekitar khemah.nak jugak tau kat mana jamrah tu.dari khemah aku dah nampak dah.time tu teruja je rase,tak percaya pun ada..sampai jugak aku kt sini..syukur Alhamdulillah..
sejuk..lepas hujan kan
Malam xde ape aktiviti,dalam pukul 10mlm semua dh masuk tidur sebab esok selepas subuh akan bergerak ke Arafah..
26nov09 ~ 9zhjjah1430 *Khamis* - dalam pukul 6pagi kami dah berada dalam bas untuk ke Arafah.dalam hati masing2 teruja dan berdebar2.wukuf ni masa yang paling istimewa bagi semua jemaah haji.hari ni juga segala doa akan dimakbulkan oleh Allah.dan selepas asar juga adalah waktu Allah membebaskan hambaNya dari neraka..bukankah ini masa yg sangat berharga?lupa pulak..mlm semalam ada abla (ustazah) datang ke khemah kami.dan dia beritahu mintalah apa sahaja dari Allah waktu wukuf.dan yang paling penting,mintalah Allah sentiasa ada bersama kita dan tidak membiarkan kita sendirian membuat keputusan walo dalam sekelip mata.Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan..
menuju ke khemah di Arafah.tak banyak gambar yg dapat di snap.
sewaktu di Arafah,selepas sarapan,kami semua tidur dan berehat sementara menunggu waktu zuhur.waktu wukuf adalah selepas zohor hingga maghrib.jadi sebelum zuhur lebih baik berehat dahulu.bukan ape kalu dari pagi dah kerah tenaga untuk beribadat,dikhuatiri waktu zohor kita menjadi ngantuk dan tertidur.
selepas azan zohor,disampaikan khutbah terakhir Rasulullah s.a.w di Masjid Nameera (masjid Harimau).tapi kami xdela bergerak ke masjid,sebab dari khemah pun dah dengar khutbah tersebut.khutbah dalan bahasa arab..hmm..
solat berjemaah untuk zohor dan asar (qasar dan jamak takdim),maka bermulalah waktu yg dinantikan ini.cari tpt untuk bensendiri.time tu air mata memang tak berhenti.Allah saja yg tahu.susah nak digambarkan dengan perkataan..wallahualam
azan maghrib kami terus keluar khemah.kami akan bersolat di mudzalifah (solat maghrib masuk waktu isya' > qasar dan jamak takhyir)time ni memang crowded sangat kat luar khemah.bas pulak berhenti jauh,kenelah menapak lagi.mula2 ramai kawan2 satu bas jalan sekali dgn aku,lepas tu sorang2 hilang..jenuh jugak tu..tawakal je time tu,berdua dengan Shahirah (anak hj. Jaafar).ab aku ntah ke mana..Alhamdulillah sampai jugak dengan selamat kt dalam bas.huhu..
bila semua dah selamat berada dalam bas, kami pun bertolak ke Mudzalifah.sampai sana carik port nak duduk,solat dan makan lagi.makan ape?same la weh..kalu dh ikut ejen arab,alamat makan roti je la.dah hilang penat gi carik batu untuk melontar esok.siap kire,masuk dlm tisu..baru bole buat ape yg patut.ape?aku gi carik tpt ab n kawan2 dia port.mase tu lapar dah..tp bukan ade ape pun nak makan.dapat minum air teh pun kire orait la tu.nasib ade org jual kt tepi2 jalan tu.then tgh borak2,alin (Rabigh) bg 1cup mee Maggi perasa ayam.nyum2! tq alin..budimu ku kenang sampai bile2..hehe..lega naaa dapat mkn.hihi..
aku xbule tido kt sini.sebab kawasan ni crowded.borak2 je la dgn kak siti (ibu alin).dalam pukul 3pagi,bas kami nk bertolak balik ke Minna.cadangan awalnya dlm pukul 1pagi nak pegi ke Masjidil Haram untuk buat tawaf ifhadah (tawaf rukun),tp bas xbule keluar.jadi cancel la plan tu.sampai Minna dalam pukul 3.45pagi.rehat jap,mandi dan solat subuh.
*stop dulu aa.nak sambung wat keje umah.tata n salam..

4 comments:
Salam..
Seronok bila tengok org buat kerja haji..
Alhamdulillah Allah beri kemudahan pada Linda n Ab...
Tentu berjelira rasa dalam hati, tu la sebab nak nangis je rasa. Tapi tak tahu sebab apa nak nangis, betul tak? Masing2 akan rasa mengikut tahap keimanan pada Allah... insyaAllah.
Nak buat haji lagi tahun depan?
Pergi HJ tak ajak. Hehehehe. takpe nanti aku pergi sendiri. Drive aje naik iswara aku. Insyaallah.
salam kak shaniza,
peluang dh depan mata kak..tak pegi mmg 'saje carik penyakit' hehe..
Alhamdulillah..mane tau taun depan time akak lak sampai sini..
pid,
yee aku tunggu ko sampai dgn iswara ko,bule kite test kete sape lagi power kt padang pasir..ekeke
Post a Comment