Marhaba...Salam Aidil Fitri..walo dah lambat dua minggu,tapi orang kt msia still beraya lagi kan..hehe.lame tak bersiaran kat blog.sempena masih di bulan syawal ni,aku nak mohon maaf zahir dan batin la ye.kot ada tersilap kata,terkasar bahasa pada kawan2 yang sudi menjengah blog ni.hihi..semoga Allah memberi keberkatan dalam setiap langkah kita,amiin.
seminggu sebelum raya sempat la aku merayap ke Jeddah.tahun ni tak dapat lagi nak solat terawih kt Mekah.Madinah.takde rezeki lagi,takpelah..kita cuba tahun depan pulak..insya Allah.time ni hubby cuti panjang pulak (bila nak tukar dari shift pagi ke malam,dapat cuti 3ari..kamis,jumaat,sabtu.naik keje ahad malam.kira2 macam cuti 4ari jugak la kan.)tapi aku lak bendera jepun,jadi cume satu destinasi aje boleh dituju.
kat arab ni bile masuk 10malam terakhir,solat terawih diorang beza sikit.err..aku tak pasti berapa rakaat untuk selepas waktu isya' tu,tapi macam 4 ke 8 kot.pastu diorang balik rumah dulu,rehat2,makan2.pastu tengah malam sambung solat terawih,tadarus sampai subuh.
masa kat jeddah tu,kite orang pegi kat area tempat bershopping.haha..orang arab ni memang kaki shopping.dah nak hujung2 beraya ni lagi hebat diorang punya shopping.kedai pulak biasa akan bukan lepas solat asar.waktu maghrib tutup dan bukak semula lepas isya'.(wonder camne la dia bayar gaji pekerja2 ye..)tak sempat nak bergambar,memang gila jem la jalan!huhu..shopping sampai 3pagi.balik solat subuh dan tidur.
esoknya balik lepas asar jadik tak sempat sampai rumah untuk buka puasa.kat arab ni panorama biasa la untuk berhenti kereta tepi jalan,bentang tikar,apa lagi..bukak puasa la.pastu amik wudu' dan terus solat maghrib sekali.takde orang kesah pun,nak bunyi hon ke or nak perlahan kan kereta tengok apa kita buat.cuba try kat msia..heh,aku syak 3km dia punya jem pasal semua orang sibuk memikirkan apasal ada orang picnic tepi jalan gini rupa..
credit to: Mat Bukh (mekace..mintak halal ye amik gambo ni.selamat ari raya,maaf zahir batin.hihi..)
orait.stop dulu ye,nanti aku tambah lagi cite pasal raya kt saudi ni.tengah bersahur ni,sempat lagi aku patuk2 keyboard ni.wassalam..jumpa lagi,insya Allah!



No comments:
Post a Comment