Saturday, January 1, 2011

Selamat tinggal 2010,welcome 2011!

Halooo..sudah masuk 2011 rupanya.diam tak diam,dan dengan perasaan tidak tahu apa mahu ditulis,aku saja try conteng jugak.kat mana berhenti,itulah cerita kita kali ini..hehe


Alhamdulillah kami masih lagi diberi kesihatan yang baik (makan,minum tanpa henti..oo bila baca surat khabar rasa takut sebab ramai juga yang 'pergi' secara mengejut kan)untuk encik mosen..ai ajak yu pergi bersenam di belakang rumah yu tak mahu..kalau kolestrol terlebih,ai salahkan yu ok!(haha..ketawa sedikit ganas)


Dan Syukur juga kami masih lagi diberi rezeki untuk tinggal di bumi anbia ini.masih lagi berpeluang untuk ke Mekah dan Madinah dengan mudah (Alhamdulillah..)dan semoga rezeki tahun ini lebih berkatnya dan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur.seandainya kami ditakdirkan kembali ke Malaysia,tanah air ku yang ter'chenta',kami akur dan rezekiMu ada di mana2 kan..


Anak,huhu..siapa yang tidak mahu kan.sudah lama kami menanti rezeki yang satu ini.kami juga manusia biasa yang mempunyai perasaan untuk memiliki bayi yang comel2 dan boleh di gomol pada bila2 masa..haha.orang yang melihat boleh berkata apa sahaja dan mungkin komen2 mereka sedikit mengguris hati..opps!tapi sesungguhnya kami tidak pernah ambil 'port' dengan kenyataan anda2 semua.anda tidak duduk di tempat kami,maka nya anda boleh bersuara dan memberi pendapat yang macam2.dan kepada yang mendoakan untuk kami,terima kasih..terima kasih..terima kasih..semoga rezeki kalian juga bertambah2 tahun ini.aminnnn..


Umur sudah masuk 31 tahun ini (ok,sila pengsankan diri..EH! belum lagi,nombor itu adalah nombor terakhir dalam kalendar,maka bergembiralah untuk tahun ini)azam tahun baru..hmm,tahun lepas punya azam pun aku tidak ingat,apakah mahu menanam azam tahun ini?adalah lebih baik menanam pokok serai,kunyit atau kangkung di halaman rumah.ok sudah menukar tajuk..kita ke perenggan seterusnya..


Menulis blog dengan rajin..tidak dapat memberi jawapan yang benar.kalau mahu membaca jawapan palsu,ok sentiasa mencuba untuk menulis dan merepek.mungkin bila mempunyai anak nanti aku akan rajin menulis.(ayat sumpah tak boleh percaya..)tapi mana tahu kan,aku boleh bercerita macam blogger2 yang lain.cerita dari anak umur 2 bulan dalam perut sampai dia boleh menulis blog sendiri.how sweet..(berangan itu percuma kan!)


Sudah puas membebel...berhenti untuk sambung kerja2 rumah.seorang suri rumah yang rajin akan membasuh baju pada waktu malam (fakta atau auta..)untuk yang terakhir,kita tutup cerita kali ini dengan..,


Quote

Menahan marah

"Barangsiapa yang menahan amarahnya sementara dia mampu untuk melempiaskannya,maka Allah s.w.t akan memanggilnya di hadapan seluruh mahluqNya pada hari kiamat sehingga dipersilakan untuknya memilih bidadari yang ia kehendaki" (Shahih al Targhib: 284)

Allahu'alam..

4 comments:

Portdy said...

salam tahun baru untk Pak aJI N MAK AJI....all the best wishes@

laila sanuri said...

azam2....aku takde azam ...sebab sama cam ko..selalu lupa hahahahaah

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

2011.. sIRIH pULANG kE gAGANG

Anonymous said...

As salam,

@Portdy,

Salam tahun baru bro!

@Epal,

cikgu azam ade..nak?keh3x..

@Sapid,

'Sireh' ni tgh melayang2,kalu 'seru gagang' tu kuat,insya Allah pulang ke tpt asal.kalu tak,mari berkhemah di pasir bergengung lagi la jawabnya.(ko xde lobang2 baik ke,kasik roger2 la..)