
Aku memang gila membaca novel. Gila-gila punya. Tapi belum lah sampai nak jadi gila. Aku suka masuk kedai buku, sebab inilah dia. Boleh berdiri penuh khusyuk menilik sinopsis novel. Berjam-jam itu tidak pernah lah pulak rasanya. Itu gila lain, paling-paling pun setengah jam aku berani berdiri depan rak buku. Bukan tak larat, tapi aku takut lagi lama aku kat situ, lagi banyak sinopsis aku baca, lagi banyak aku keluarkan duit. Tunggu aku sangat kaya besok ye, dengan kedai buku tu sekali aku beli. Hahah!
Terasa rindu dengan novel2 aku kat rumah mak. Semoga korang sehat2 ye dalam almari itu. Jaga diri baik2 tau. Setakat ni koleksi Norhayati_Berahim hampir semua aku ada. Jangan cakap baca novel sia-sia ok! Banyak jugak ilmu yang boleh dipelajari dari situ. Penulis yang bijak, akan menghibur sambil itu mengajar pembaca juga tau. Lagi-lagi kalau bab sirah nabi or hadis nabi or potongan ayat2 Al Quran. Banyak pengajaran boleh kita dapat dari situ.
Novel ini aku pinjam dari kawan. Babe, aku terjatuh cinta lah dengan novel ini. Simple tak serabut, tapi seronok membaca. Buat aku bertukar menjadi burung hantu semula. Tidak dapat melelapkan mata.Tidak sabar mahu tahu apa kesudahan. Setengah hari aku habiskan baca. Boleh saja kalau mau khatam kali kedua.
Adam, u're so sweet. Irfan, aku pulak yang rimas baca karektor mu.sakit sungguh kalau ada lelaki macam ini. Err..boleh ai tembak yu dengan senapang gajah. Hahah!
Tahniah untuk penulis buku ini. Your face look familiar, macam pernah nampak, tapi kat mana tu yang lupa.heh.. Teruskan menulis, ai will put your nama in my 'must buy' novel.

Buku ini pulak aku beli kelmarin. Chewah2 ada hobi baru nampak. Hahah..mencari sesuatu untuk di buat kat dalam rumah ni. Baru la sangat. Single crochet pun masih merangkak-rangkak lagi. Belajar dari u tiub, banyak tidur dari belajar. Sengal lah line internet sekarang nih. Hampir saja modem itu dibuat sup, mujur tidak sedap untuk dikunyah!
Buku lain akan dikomen kemudian. Masa untuk tidur. Daaa...
- Posted using BlogPress from my iPad
6 comments:
babe bestkan cete dia?...hehehe mmg sweet sgtla dak adam tu...ye simple jekkk...rasa sejuk jek ngan watak dia kekeke...
wahh ko ada hobi baru ke babe?ke mmg da lama hobi ni tapi ko nak asah bakat semulaaa..hehehe..leh buat tempahan tak?kakakakka
Salam..
Disebabkan 'gila' baca buku, akak dpt anugerah nilam di sek.(selalu budak sek yg dpt) Lps tu hobi baca novel dikembangkan, tulis novel sdn. Rasanya Linda pun boleh tulis pengalaman di bumi Arab. tentu menarik.
Cite yg akak tulis tu pun berdasarkan kwn akak yg penah tinggal di Arab Saudi. Bacalah siri on-line yg akak letak dlm blog.
>Kaherah..
Babe,crochet tu aku saje2 je try.nk buat hobi jogging tiap petang,koseeerrr aku nk blari dgn abaya.hahah..ini pun mrangkak2 lg le.tgk le jauh mana kesabaran aku.kalu keras je tgn,mmg simpan bwh katil la itu hobi.keh3x..
Yup betui2...adam tu watak dia comeii aah.suke..suke..
>Kak shaniza,
Dah start baca dah akak pny novel.ooo akak pun kaki novel jgk ye.bila dh dok jauh ni,mmg baca novel pakai online je.dpt balik msia mmg kedai buku tpt wajib sy terjah.hihi..
tolong kaitkan sarung bantal aku..heheh..ko mmg kaki novel kan dari skolah lagi..pernah cita2 nk bt buku kan?apa lagi..btlah 1 novel beb!
Pel..bule xde hal.kalu ko nak bantal ko aku belit2 dgn benang kait je...aku buatkan balik nanti.haha..aku dgn along yg hantu novel.tp along dh besara taun lepas.aku buat novel?hihi..blog pun 3 bln skali br updated.ape pun tak boleh!
linda,sery nk email leh?nanti send kat seryqashrina@gmail.com k...
Post a Comment