Thursday, August 2, 2012

Iftar 13 Ramadhan

















Santapan berbuka hari yang ketiga belas. Banyak kan.. sangat rajin tuan rumah ini mengecah dapur untuk buat tiga juadah kan. Jangan terpedaya dengan gambar weh..


Itu pisang goreng je yang baru. Semalam ke Hyper Panda shupink barang nak buat kuih raya. Ternampak pisang, beli lima biji. Harga sr9++. Mahal tak mahal lah. Nama pun pisang import. Ooo sekarang kt Panda dah ada cashier perempuan. Padanla bertutup separuh pintu kedai. Baguslah kan, senang aku nak membayar kalau belanja sorang2. Arab saudi dah sedikit 'open' dengan hal2 perempuan ini. Yela kedai2 jual barang perempuan pun promoter perempuan yang jaga. Takdela tersipu2 ko nak datang beli barang2 dalaman ni kan. Dulu takde... seme pakat orang laki2 je. Haa cuba bayang lagu mana nak try acu kat badan tuh??


Kuih seri muka tu percubaan berani aku yang keempat rasanya. Punyalah lama bertafakur mahu mencuba buat kuih yang satu ini. Maklum, orang 'handal' di dapur ni memang begitu caranya. Keh3x.. bernanah anak tekak baca statement ni. Macam2 resepi aku cuba, kadang terlembik, kadang terkeras. Semalam buat macam ter'sedap' sikit la. Tu yang berani tayang tu. Haha... (eh gelak pulak... said Alhamdulillah)


Popiah tu dah lama dah buat. Duduk berdua je, alamat goreng 5,6 ketul cukuplah kan. Tapi aku buat banyak2, simpan dalam peti ais. Terasa macam takde idea nak makan apa untuk buka, aku gorenglah popiah ni. Haha... cerdik bukan?


Air teh tarik tu jadik master antara kuih2 kat atas ni. Kalau takde air, tercekik pulak kang tengah2 makan. Itu santapan kami hari ini. Eh terrajin pulak aku updated blog hari2. Oo ye, smlam beli Baskin Robbins lagi sekilo. Amboii... bukan la melantak sehari sekilo. Tapi hari tu beli banyak perasa dalam satu mangkuk besar tu, cepat pulak habisnya. Jadi beli dua perisa je cotton candy dan world class choc (giler sedap perasa ini wehh). Kita tengok berapa lama boleh bertahan.


Ok tata...!





- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

KAHERAH said...

Halo halo halo...deret2 kuih ko makan yek babe...aku ni da naik buntu berhantu..tambah2 ngan perencah M da mula sampai memikir apa aku nak msk tuk bebuka...

tambah2 da dina tahun Alhamdulillah puasaaaaa...sian plak ke dia nak buka apa huhuhu

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

popia sardinke?