Makanya apabila mahu pulang ke kampung, misi mencari barang atau buah tangan akan bermula. Belum bermula pun lagi. Minggu ini Encik Mosen kerja petang. Huhu camno nak keluar rumah. Dan time2 begini jugaklah dia kene kerja straight sampai la panjat tangga kapal terbang nanti. Kalau aku boleh keluar rumah sesuka hati, hari-hari ai shopping sendiri yu! Tiba-tiba je penuh sendat beg dengan barang. Haha..
Untuk kawan-kawan. Kali ini jadual balik aku agak padat. Ehhh bukan aku, Encik Mosen punya jadual. Rindu gila babas dengan tanahair terchenta. Dah merantau jauh ini baru aku tahu best rupanya Pasir Gudang tu walaupun berpuluh tahun kene hidu asap kilang. Ingatkan datang jauh2 ni, berubah angin la kan. Hmmm... Sama je. Ada jugak kilang kat sini yang corong asap (apa ke namanya tu..) serupa sejibik dengan Titan. Haha.. memang asap kilang tu tak boleh berpisah dengan aku.
Jadi kalau tidak berkesempatan untuk berjumpa, aku mohon maaf awal-awal ni ye. Bukan sombong atau kekwat.. e'eh... Haha. Tetapi masa itu sangat terhad. Hidup berfamily dengan bujang itu berbeza. Kalau nak puaskan hati orang, abih sendiri punya kegembiraan sapa nak tolong puaskan? Kita mencuba,kalau tak dapat tahun ini, insya Allah tahun hadapan kita jumpa lagi. Wahhh ayat, macam ucapan perpisahan guru besar je kekdahnya.
Doakan perjalanan kami selamat sampai untuk bertemu family tersayang. Aaminn... Ok. Babe, aku dah boleh pasang lagu balik kampung dah ni! Ekekeke...

Makan kfc masa amik pasport Encik Mosen kat Jeddah. Selepas empat tahun di sini, tekak sah sangat terror makan ayam cicah sos tomato (ayat tak boleh blah)Huhu..

Barisan kedai makan kat Arabia Mall. Time ni lepas waktu zohor. Dan memang lengang. Arab ni waktu aktif diorang dari lepas asar sampai subuh. Jadi kebanyakan kedai tutup dari zohor sampai asar. Baru verangan nak makan mee goreng sama abc kat Chapter........ tutup pulak! Kome pun nak jadik arab jugak ke??

Muka orang kene habiskan burger kfc dengan rasa muak. Hihi.. kuat betul rasa susu kat ayam ni. Terkebil-kebil kami nak ngabihkan. Kalau ada sos cili pedas boleh jugak cover rasa muak tu.nak letak harapan pada sos tomato itu, takat warna je merah. Memang tekak melayu itu takkan hilang di dunia lah!
Steady lah suamiku. Balik malaysia nanti kita makan puas-puas ye. Ooo alamak.... list makanan belum buat lagi!! Chow..
-Posted using BlogPress from my iPad
5 comments:
perghhhhhhhhhhhhhh...dia da mula daaaa...
lagu balik kg dia tu!hahahaha...apa2 pun babe selamat berkg laaa..
cehh padat tuuu jaduall kalah Yb ni hahaha...
semoga perjalanan kalian selamat,dipermudahkan selesa k...
Keh3x...ok la tu lagu balik kampung.kang aku nyanyi lagu Negaraku.... tak memasal masing-masing kena berdiri tegak.haha... Kan ... kalu balik msia macam YB melawat kawasan. bz sokmo. Wokeh babe.tq for d dua' . Aaminn..
Balik kampung..oooo...balik kampung! E'eh...! Ekekeke
Hahaha
cakkkk...!!! surpriseeee...!!! hamboiii dik non... suka nyanyi lagu balik kampung ehhh.... lalala lagiii.... kasi can la time dia ni kannn....
kalau tak sempat nak carik hadiah, naik ler city bus kan dah ada skang... kekeke... gi panda ke centre point ke, borong jek apa yg ada... janji ada.... haha... pas tu jgn lupa balik yanbu yee....
@>-- sapid... Ape kes ko gelak2.meh nyanyi sama2.haha..
@>-- ejalz... Halooo hihi..ini time kita pulak.masa raya lepas terkebil2 tgk orang balik kampung.kita jugak 'pak guard' paling setia kat yanbu tiap kali raya. Ok sambung nyanyi lagi.. Balik kampung ooooo... Keh3x
Post a Comment