
lompat si katak lompat
lompat tinggi - tinggi
apa hadiah cik abang dapat
main lompat - lompat parti?
lompat si katak lompat
lompat tepi perigi
kocek penuh berisi padat
tapi maruah bawah tapak kaki
lompat si katak lompat
lompat kanan dan kiri
orang melayu dah makin tenat
bangsa lain senyum dalam hati
lompat si katak lompat...err lantak la ko nak melompat ke apa..bikin panas je
Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu.
Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu?
"Baginda s.a.w. menjawab, " Hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment