Wednesday, June 17, 2009

Masjid Quba




Masjid Quba (Al-Quba) adalah masjid pertama yang dibina oleh orang islam.Terletak di perkampungan Quba (lebih kurang 3km dari Masjid Nabawi).Nama Quba diambil dari nama sebuah telaga di tempat itu.Berbentuk empat segi dan berkeluasan 5035 m persegi, dibina atas dasar taqwa dan iman yang padu.


Masjid ini diasaskan oleh Rasulullah s.a.w sewaktu Baginda dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah (mengikut rujukan pada 8 Rabiul Awal bersamaan 23 September 622 Masihi).Baginda tinggal di sini selama empat hari bersama Bani 'Amru bin Auf di rumah Klthum bin Al-Hadm.


Masjid ini kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah s.a.w.Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masijid Quba (baru aku tau,nanti dapat pegi lagi bole la cari kat mane tapak rumah tu).Sementara menunggu Saidina Ali,Rasulullah akan menunaikan solat sunat di masjid ini.


Semasa hayatnya, Rasulullah s.a.w kerap mengunjungi Masjid Quba.Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a : sesungguhnya Baginda pernah berkunjung ke Quba dengan menunggang haiwan tunggangan dan berjalan kaki.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan sembahyang di dalamnya,ganjarannya samalah dengan pahala ibadah umrah (Tirmizi:Sembahyang: 298 Ibnu Majah: Iqamah dan sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414)



4 comments:

Portdy said...

macam tengok Jejak Rasul pula..
bagus entry cam ni...

teruskan ijal & cik linda , i like!

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Rasanya ni jejak Rasul versi linda..Menarik..tapi kalau banyak sudut pandang gambar, tentu lebih tip top.
Apa-apa pun tahniah di atas entry ini..boleh jadi cikgu sejarah..

Dida... said...

Linda..

bravo.. brovo... keep it up!

linda said...

salam to portdy,shaniza,dida,

tq sbb bg respons.terus brtmbah smngat.pasal gambo tu,kalu dpt mmg nk amik byk.tp ari tu singgah time tghari,masya Allah panassnye.insya Allah dpt dtg lg,amik lg gambo.bravo2!!heh..

p/s:tgh pujuk big boss nk pi Badr (area 70km dr umh)info dh ade.gambo je blom ckup.