Pernah menguap?heh..tak normal pulak rase kalu jawapan nye tidak.saje belek2 e-mail lame,terjumpa la info ni.meh la share,harap beri peringatan pada kita haa..
Daripada Abu Hurairah r.a,bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah swt suka pada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap.Maka apabila seseorang daripada kamu bersin,lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah',maka adalah hak setiap muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah' (sebagai mendoakan kebaikan untuknya)"
Adapun menguap itu daripada syaitan,maka apabila seorang dari kamu menguap hendaklah dia menahannya sekadar termampu (syaitan suka sangat pada orang yang sedang bersolat kemudian dia menguap..hmm kene ingat nih!)
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya,telah bersabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang dari kamu menguap,hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya kerana sesungguhnya syaitan akan masuk (melalui mulut yang terbuka)"
Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang bersin dan membenci pada orang-orang yang menguap.Maka apabila seseorang dari kamu menguap,jangan sampai berbunyi kerana yang demikian itu dari syaitan yang mentertawakanmu" Hadis riwayat Imam Muslim,Ahmad dan At-Tirmidzi.
Pengajaran dari maksud hadis,antara adab2 bersin dan menguap:
~ berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
~meletakkan tangan pada mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
~makhruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika bersin atau menguap.
~ disunatkan ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan kepada orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”sebagai mendoakan kebaikan untuknya.. Sesungguhnya Allah S.W.T suka kepada hamba-Nya yang selalu berzikir dan ingat kepada Allah S.W.T pada setiap perbuatannya dan pekerjaannya.
~ disunatkan juga untuk mengucapkan “Astaghfirullah”selepas menguap sebagai tanda untuk menghindarkan diri sendiri daripada syaitan.



3 comments:
info yang menarik
satu lagi gua suka amalkan kalau "loveones" kita menguap, tak sempat tutup mulut, apa kata kita tolong tutupkan , mesra gitu...sama2 dapat pahala dan keberkatan...
tapi tutup ngan tapak tangan je ye, jangan tutup ngan tudung saji pulak!
saje je nak gaduh huhuhuhuhu
salam..
masa tulis perkataan menguap tu, berapa kali linda menguap? Cuba sebut menguap2 banyak kali..secara otomatik nk menguap je.. syaitan tu.
Ni pun ada rasa nak menguap.. ngantuk..tapi tido petang tak elok.
Thanks for the info..
salam,
to portdy,
suke tolong tutupkn mulut baby kalu dia nguap.comeii.kalu ttup dgn tdung saji,confirm ko tido luo mlm tuh!heh..
to shaniza,
lg satu kalu org sbelah atau yg hmpir dgn kite nguap,kite mesti trjangkit nguap.kdg2 time bace yassin..nguap mcm ape.ayat pn ntah ke mane.pala pun mlayang je.tu pn keje setan kan?
tido lepas asar tak elok.bole lupe hari nnti.bgun mesti bdan lemah smpai ke mlm.huhu..
Post a Comment