Friday, October 5, 2012

Chapter, Jeddah

HallllllooOooooooO semua. Last mencatat puasa ke 13, ini dah masuk bulan haji baru nak menaip lagi. Memang dasar kamoo! Haha..


Last week kami pergi ke Jeddah. Tujuan semata - mata mahu mencuba restoran makanan Malaysia. Dah bukak dari tahun lepas, cuma baru kali ini dapat pergi. Lagi sebulan lebih mahu pulang ke Malaysia baru berebut nak datang. Ini dinamakan warm up. Bagi perut kenal lagi makanan Malaysia. Tak lupa asal usul katanya..





Ini menu aku. Mee goreng ni antara makanan feberet aku. Jadi bila duduk arab adalah sangat mengidam mahu makan. Memang boleh buat mee kuning sendiri, tapi mee kuning DIY tu tak bape sedap kalu digoreng. Cehh.. sebenar nak kata aku tak pandai goreng mee,tapi ayat kena cover la kan. Haha.. Boleh la rasa dia. Tapi gila banyak! Sepinggan begini harganya sr45 (sila convert sendiri kepada rm) Orang tamak memang akan order sepinggan sorang. Bajet macam perut ada tujuh. Tapi bukan dia guna mee kuning macam kat Malaysia tu pun. Tapi takpelah janji ada bau2 macam mee goreng Malaysia,ku hadap jua hidangan ini dengan Bismillah. Oo hubby order kuew tiaw basah. Memang basah la mee tu, jadik rasa dia ada lari sikit. Gambar takde sebab tuan tanah dah lapar. Haha...





Ini saya suka.. saya suka! Sedap macam kat Malaysia punya. Harga semangkuk sr25 kalau tak silap. Pun rasa tamak bersemadi di jiwa, maka semangkuk ini juga tidak dapat dihabiskan. Rugi pulak rasa. Ini macam kalau terrrdatang lagi aku ingat order ABC sudah. Pastu makanan kita ngecek2 orang sebelah. Haha..





Ini gambar aku baru nak menyuap makanan. Masa ni hubby punya kuew tiaw belum sampai, itu pasal dia boleh klik2 gambar. Percayalah gila besar pinggan itu.. Segan ai nak makan. Macam pelahap beno bentuknya. Dan sudu garfu dia berat woo, berhati2 semasa mengopek udang. Itu kalu jatuh sudu ke lantai, dia punya berdenting.. boleh dengar satu mall tu.

Ok dah habis bercerita. Bila tengok gambar sendiri... Oh My Gucci.. Muka ai dah tembam!!!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

KAHERAH said...

terliurrr tgk ABC tu...aku lum penah jejak lg..padahal da selalu lepak arabian mall tu tp tak juga nyinggah sebab da pulun segala bagai kat asia restoran...pasni nak kena g..sedap nampaknye dalam gambo tu hehehehe

inc3 said...

Uuu sedap babe ABC dia. Tapi sebab perut penuh,tak abih ABC aku.huhu..aku pun dulu lalu lalang je dpan chapter ni.baru last week mosen ajak masuk.kalu pegi ramai2 baru best kot.jadi sorang mintak satu menu,pastu share2 makan pasal portion dia byk tu.rasa satu hidangan bule makan 3org.cuba jgn tak cuba babe. Haha..