
Moral of the story, tolong rajin-rajin jengah passport anda selalu. Kalau passport anda dipegang oleh company tempat bekerja, silalah tulis note atau contenglah kat dinding tepi katil ke,dalam toilet ke atau kat dalam purse sekalipun to make sure that you won't face the same problem like us.
Muka dengan confident kata boleh balik Malaya walo passport dah nak expired. Maknanya hari ni kita terbang balik, lusa passport mati. Itu memang boleh. Kerajaan kita memang boleh terima bila-bila kita nak balik, tapi kalau balik terus bolehlah nak berlenggang kangkung sambil lambai tangan ala2 ratu kat tangga kapal terbang tu. Masalah cuma timbul bila kita nak masuk semula saudi. Camne company nak release re-entry visa? Huhu..kira macam tu lah soalan dia.
Jadi bila masalah ini timbul tak ke jadik kelam kabut dunia? Ooo masalah juga disebabkan konsulat kehabisan passport. Sila baca sekali lagi, kehabisan passport!!? Sebelum ni boleh renew kat konsulat je, tunggu 3 hari waktu bekerja, dah dapat dah passport tu dengan jayanya. Kali ni sangat lama kami-kami menunggu untuk renew passport. Berbulan-bulan jugak sampai baby yang lahir kat sini pun belum ada passport. Bila takde passport macam mana nak buat iqama (ic arab)?
Panjang aku membebel kali ni, bacalah kalau rajin. Kalau malas,sambung je esok2. Haha..
Alhamdulillah, kalau kita berusaha insya Allah ada jalannya. Dah macam lagu maher zain pulak. Ada seorang hamba Allah yang nak balik Malaya dalam masa terdekat ni, semata mau buat passport anaknya. Alhamdulillah jugak kerana boleh tumpang renew passport dengan dia. Dengan syarat kene buat surat permohonan serah kuasa dan photostat la segala dokumen berkaitan. Jadi buat masa ini satu kaki sudah boleh balik. Tunggu passport sampai kemudian kena apply re-entry visa pulak. Semoga dipermudahkan semua ini. Aaminn..
Hampir empat jam menunggu kat konsulat, sempat encik mosen beli roti dengan air sebab lapar dan haus weh! Keluar rumah lepas subuh, perjalanan ambil masa 3 jam lebih. Lepas siap semua apa lagi.. makan time!

Kali ni makan kat tempat biasa. Asia restaurant. Mula-mula plan nak pergi Chapter lagi. Tapi fikir punya fikir, takkan nak order sepinggan mee goreng dengan semangkuk ABC je. Nanti tak habis lagi, rugi woo. Nak order 2,3 menu siapa nak ngabiskan. Jadi kami pergi makan kat sini je la. Gambar kat atas adalah menu lunch kami semalam. Yummy! Tempat ini tak pernah mengecewakan. Hihi..

Jemput tengok gambar, nak ajak makan dah abih dah. Hihi..

Burrrpppp... Alhamdulillah.
Lepas makan terus balik Yanbu. Sebab masing-masing dah kenyang dan tak cukup tidur. Now kita tunggu apa cerita seterusnya. Semoga dapatlah kami pulang ke Malaya bulan depan. Aamiinnn...
p/s: kita simpan dulu lagu balik kampung. Haha..
- Posted using BlogPress from my iPad
3 comments:
Salam,
Baca entry pasal hidup di Arab Saudi ni, rasa mcm nak buat sambungan novel pertama akak ( I Love You Cikgu) yg akan keluar Januari tahun dpn. Rasa nak paparkan hidup hero n herion yg tinggal di saudi la pula. Kalau nak baca novel bersiri akak tengok di http://sarimahshaniza.blogspot.com
Salam kak.saya ada baca juga novel akak di penulisan2u. Yg tajuknya tak silap 'abang king control' insya Allah.ada masa saya jengah blog akak.semakin maju dalam bab penulisan ye, saya jugak yang jadik tukang baca je. Nak menulis mesti tak dapat habis.berhenti di tengah jalan. Hihi..
Semoga dapat balikla Nov nie. Kalau tak November Rainla.
Post a Comment